Bonjour!
![]() Tagboard! Energy To Me |
TEMUI AJAL ANGKARA SUMPAHAN FILEM BERHANTU!
Filem-filem ini hebat,hangat dan mendapat sambutan ramai di seluruh dunia.Tetapi,disebalik pelbagai populariti yang dikecapi,bagai ada kutukan maut mengiringi produksi filem itu.Adakah hanya kebetulan atau ia bagai satu sumpahan? Harry Potter Kononnya,sumpahan filem Harry Potter yang diadaptasi dari novel popular ini bermula dengan Richard Harris yang melakonkan watak guru besar bernama Dumbledore. Richard mati akibat penyakit kanser pada Oktober 2002.Beliau hanya sempat berlakon dalam dua siri terawal filem tersebut iaitu The Chamber of Secret. Pada Mei 2008,seorang lagi pelakon iaitu Rob Knox mati ditikam di luatr bar akibat satu pergaduhan. Rob membawa watak Marcus Belby dalam siri berjudul Harry Potter and The Half- Blood Prince Pelbagai masalah juga dikaitkan dengan set pengambaran di Surey,England banyak yang tidak menjadi dan terpaksa dilakukan berulang kali. Poltergeist Salah satu genre filem seram yang popular dikaitkan dengan pelbagai misteri dan kutukan ialah Poltergiest. kebanyakannya dikaitkan dengan nasib malang yang menimpa para pelakon. Waalaupun filem ini mencetuskan fenomena dan pecah panggung sekitar 80-an,tetapi ia juga popular dengan kematian yang dikaitkan dengan para pelakonnya. Kutukan dikatakan bermula apabila Dominique Dunn,salah seorang pelakon dalam Poltergeist 1 mati dibunuh oleh bekas kekasihnya pada tahun 1982. Kemudian,pada tahun 1985, Julian Beck yang berlakon sebagai roh jahat dalam Poltergeist 11 pula meninggal kerana penyakit kanser perut. Sumpahan itu berterusan apabila pemain watak roh baik dalam Poltergeist 11 iaitu Will Sampson turut menemui ajal pada tahun 1987 sewaktu menjalani pemindahan jantung. Tahun 1988 pula, pelakon budak kecil dalam filem itu iaitu Heather O'Rouke pula meninggal sewaktu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ususnya yang tersumbat akibat jangkitan kuman. Seorang lagi pelakon filem itu,Louis Perryman pula mati di rumahnya pada April 2009. Louis berusia 67 tahun sewaktu menemui ajal. Selain itu,James Kahn juga pernah menceritakan peristiwa aneh yang dialaminya sewaktu menulis skrip filem tersebut.Sebaik selesai menulis ayat untuk skripnya yang berbunyi "lightning ripped open the sky",sejurus itu bangunan tempat tinggalnya disambar kilat. The Exorcist filem seram The Exorcist amat popular sekitar tahun 70-an.Filem ini ditulis berdasarkan kisah benar yang menimpa seorang budak lelaki yang dirasuk hantu pada tahun 1940-an. Sebenarnya,bukan hanya setakat dalam filem,namun pelbagai kisah seram dan misteri turut berlaku di luar set penggambaran. Pernah set penggambaran ini terbakar tanpa sebab hingga set baru terpaksa dibina semula. Pelakon utamanya, Linda Blair turut dirasuk ketika berada di set penggambaran. Malah, beberapa kru filem ini menemui ajal semasa filem tersebut masih dalam penggambaran. Bukan hanya terjadi pada kru, malah banyak kecederaan dan kematian juga dilaporkan melibatkan ahli keluarga mereka ynag terlibat dalam penggambaran ini. Malah, sewaktu dipertontonkan kepada umum, banyak kes histeria dilaporkan berlaku kepada penonton The Exorcist sehingga filem ini diharamkan tayangannya di England. Segala misteri dan tragedi berkaitan filem ini dikaitkan dengan sumpahan makhliuk halus. Kononnya, roh-roh jahat bertindak mengganggu kelancaran filem ini kerana ia diambil daripada kisah benar. The Crow Filem The Crow lakonan Brandon Lee, iaitu anak kepada mendiang Bruce Lee ini pernah ditayangkan pada tahun 1994. Filem ini juga sering dikaitkan dengan kutukan dan sumpahan kerana banyak peristiwa aneh dikaitkan sewaktu penggambaran. Antaranya, seorang petugas telah terbakar tubuhnya setelah kren yang dipandu melanggar talian bervoltan tinggi. Seorang lagi petugas pula kemalangan setelah keretanya terbabas ke dalam kedai. Dan kemuncaknya, apabila pelakon utamanya iaitu Brandon Lee maut setelah tertembak menggunakan peluru hidup tanpa sengaja sewaktu beliau sedang menjalani penggambaran filem berkenaan. Anehnya, tiada siapa tahu bagaimana peluru hidup boleh digunakan dalam pistol berkenaan. Sedangkan pada asalnya, tiada peluru hidup digunakan sewaktu Brandon Lee melakonkan adegan tempat menembak itu. |